Isnin, 20 April 2009

jumpa anda di JOM HEBOH TLDM LUMUT PERAK hujung minggu ni ya!!!

minggu ni erah busy sikit...
so, jarang update blog ni...
hehe...

sory ya...

hujung minggu ni kita jumpa di jom heboh tldm mulut ya!

jumpa di sana!!!

jom, jom, jom, jom heboh-heboh!!!

Jumaat, 10 April 2009

11 apRiL 2009

hye semua!
now erah dah ada d genting!
yahoo...

kejab lagi erah ada raptai untuk ABP!
so, kpd semua jgn lupa menyaksikan ABP bersiaran secara langsung dari GENTING and tv3 ya!

Rabu, 8 April 2009

HAPPY BIRTHDAY'S KAK YANN!!!




meriah sungguh semalam! kejutan untuk kak yann d'adza band!!!

8 apRiL 2009 >raBu<

hye semua!

hari erah jadual erah padat sikit.
dari pagi sampailah ke petang erah shooting "JANGAN TIDUR LAGI" di studio NTV7 di shah alam.
memang erah enjoy and seronok sangat!
erah menjadi artis jemputan pada episod itu.
so jangan lupa tonton ya!

lepas habis shooting tu, erah terus ke studio berjumpa dengan komposer untuk settlekan sikit kerja-kerja yag tergendala.

and last, erah ke shangri-la hotel kl untuk menghadari birthday party member iaitu "KAK YANN" D'ADZA band!

happy birthday kak yann!
semoga panjang umur and murah rezeki hendaknya!
insyallah...
AMIN!

and erah pun pulang ke rumah dengan selamatnya!
ALHAMDULILLAH.

hari ni erah happy sangat!

Isnin, 6 April 2009

BARU PULANG DARI MELAKA!



hye semua! erah baru balik dari melaka! ad kerja disitu. walaupun penat, demi kerja erah pergi jugak ke melaka! meriah betul melaka sekarang! hehehe... insyaallah kalau ada umur yang panjang, erah akan turun melaka ya!!!

thanks melaka!

Ahad, 29 Mac 2009

LIRIK LAGU HERO WAYANG!



Saerah Feat. Damien, Cham, Shah (VE) & Dali Ahli Fiqir - Hero Wayang

Malam memang sepi
Apa guna menangis
Barang sudah jadi
Apa guna menangis

Esok ada lagi
Apa guna menangis
Nasib tukar ganti
Apa guna menangis

Ramai yang tahu
Ramai yang faham
Tapi tak ramai sanggup mengerti

Ramai yang tunjuk
Ramai yang ajar
Tapi tak ramai yang mendengar

Ramai yang datang
Ramai yang pesan
Tapi tak ramai yang sanggup membantu
Akhirnya tinggal
Kita sendiri

Malam bawa pagi
Apa guna menangis
Kasih datang pergi
Apa guna menangis

Esok ada hari
Apa guna menangis
Boleh jumpa lagi
Apa guna (kau) menangis

Ramai yang tahu
Ramai yang faham
Tapi tak ramai sanggup mengerti

Saerah Bukan Lagi Ilusi


Oleh NOR FADZILAH BAHARUDIN
fadzilah.bahar@utusan.com.my



Impian yang dipendam sejak sekian lama makin meresahkan tuan empunya diri. Pelbagai cara dilakukan demi memastikan minat yang dipendam dalam diri mampu direalisasikan.

Meskipun mungkin ramai yang akan menuding jari dan memperkatakan si gadis berusia 25 tahun ini sekadar menumpang populariti si kakak, namun stigma itu tidak mampu untuk ditolak tepi.

Sambil tersenyum, kini Siti Saerah Tarudin atau lebih mesra dengan panggilan Saerah semakin yakin dengan langkahnya dalam menyelusuri kehidupan sebagai anak seni.

Setelah sekian lama, akhirnya single pertama yang juga menguji keupayaan dirinya telah pun mula diputarkan di corong-corong radio.

“Gembira! Akhirnya apa yang saya impikan terlaksana. Inilah yang saya inginkan dan akhirnya buah tangan pertama saya dapat dihasilkan,” katanya dalam satu pertemuan bersama Hits baru-baru ini.

Hero Wayang, itulah judul single pertamanya malah menerusi lagu itu dia berkolaborasi bersama Dale (Ahli Fiqir).

Memilih genre rock sebagai nadi utama buah tangan sulungnya, Saerah bersyukur dan berbangga niatnya untuk merakamkan hasil nukilan, pencipta lirik tersohor Allahyarham Loloq, juga tercapai.

“Saya bersyukur kerana sempat merakamkan lagu itu sebab saya antara penggemar lirik-lirik ciptaan arwah,” katanya melafazkan rasa hormat terhadap penulis lirik tersohor negara itu.

Hero Wayang kata Saerah, mengisahkan kepayahan dan kesukaran yang dialami oleh anak seni dalam perjalanannya menyelusuri liku-liku kehidupannya.

Meskipun teruja dan berdebar menantikan reaksi khalayak terhadap Hero Wayang, namun langkah Saerah tidak terhenti di situ sahaja.

Terbaru dia baru sahaja selesai merakamkan single keduanya berjudul Akhir Cinta.

Menyambung perbualan terang Saerah, jika tiada aral melintang besar kemungkinan dia akan muncul dengan album duet bersama kakaknya Siti Saida.

Mengerti akan kata-kata di belakang yang bakal diterimanya kelak dari insan-insan yang kurang menyenangi dirinya, Saerah tidak mahu terlalu memikirkan perkara tersebut.

Jelas gadis berbintang Taurus ini, dia percaya khalayak tempatan kini semakin bijak untuk menilai hasil kerja seseorang.

“Mungkin ramai yang akan kata macam-macam mengenai diri saya dan single pertama saya ini. Tapi saya yakin masyarakat sekarang semakin bijak untuk menilai dahulu dari terus berkata-kata yang kurang membina.

“Saya sudah bagi yang terbaik jadi saya mengharapkan agar mereka dapat menerima buah tangan saya ini seadanya,” kata artis yang bernaung di bawah label Siti Nurhaliza Production Sdn. Bhd. (SNP).

Akui Saerah, dia sama sekali tidak mahu menumpang populariti kakaknya, Datuk Siti Nurhaliza.

“Saya mahu berdiri di atas kaki sendiri sebab itu pelbagai pertandingan nyanyian saya cuba masuk. Saya nak orang dapat menilai bakat dan usaha yang saya sendiri lakukan.

“Tapi jika ada juga yang mahu bercakap mengenai perkara itu saya tak mampu nak menutup mulut orang sebab memang itu hakikatnya. Dah dia kakak saya dan kami mempunyai minat yang serupa jadi nak cakap macam mana lagi. Tapi saya harap berilah saya peluang untuk membuktikan bakat saya juga,” jelasnya.

Utusan Malaysia

Bukan Wayang Saerah


Oleh MALIAH SURIP
maliah.surip@kosmo.com.my




SENYUMNYA manis, mekar dan nampak segar. Sesekali memandangnya, saling tak tumpah seperti kakaknya, Siti Nurhaliza.

“Dah darah daging. Saya tak boleh lari,” begitu luah gadis yang baru menginjak usia 25 tahun dengan matang sambil tersenyum.

Dia, Siti Saerah Tarudin pagi itu duduk didandan rapi khusus untuk fotografi kami. Saerah muncul dengan single perdananya berjudul Hero Wayang.

Sebenarnya siapa yang tidak kenal Saerah. Dia juga mempunyai profil kerjaya yang tersendiri. Sejak dahulu, semua orang juga tahu Saerah memang berkeinginan menjadi seorang penyanyi.

Lantas kelibatnya pernah dilihat dalam pertandingan realiti televisyen One In A Million (OIAM) tidak lama dulu. Namun dia terkandas separuh jalan.

Sesekali dia juga menghias pentas dengan vokal dan persembahannya yang tersendiri. Tapi ini cerita tiga tahun lalu. Cerita tentang kepayahan membina perisai kerjaya sendiri.

Hari ini, Saerah sudah boleh tersenyum. Impiannya menjadi seorang penyanyi yang sebenar telah terlaksana. Single perdana dengan nama Hero Wayang telah mula mencuri perhatian. Semuanya dilakukan sendiri, tanpa menumpang populariti si kakak, kecuali menjadi artis di bawah label Siti Nurhaliza Production Sdn. Bhd. (SNP).

“Alhamdulillah, tiga tahun saya tunggu saat untuk mempunyai lagu sendiri. Hari ini, Hero Wayang merupakan anak pertama saya. Dan saya harap langkah baru ini tidak terhenti separuh jalan,” ujar Saerah penuh harapan.

Dihasilkan sendiri atas bantuan tenaga profesional dengan lirik tersebut dihasilkan oleh bekas penulis lirik terbaik negara, arwah Loloq, Hero Wayang kata Saerah mengisahkan tentang perjalanan penuh liku anak seni. Namun ia dihasilkan dalam jalur moderate.

“Jiwa saya lebih rock, malah jalur pop pun disadurkan dengan rock, bukan balada. Jadi saya kira orang senang untuk membezakan saya dengan Kak Siti,” katanya.

Dia menambah: “Saya kira jika buah tangan saya bagus, peminat pun tak pertikai saya ialah adik Siti. Sebaliknya saya adalah Saerah yang berdiri atas kaki sendiri.”

Banyak agenda yang telah dirangka SNP untuk Saerah. Serius dan optimis dia memberitahu bakal muncul secara duo bersama kakaknya, Siti Saida.

Mereka akan bergabung dalam sebuah album yang menyaksikan mereka menyanyi secara solo dan berduet. Satu kolaborasi adik-beradik yang mahu dijadikan label masa depan.

Seiring single yang sedang diputarkan di radio, penampilan Saerah kini juga sudah banyak berubah - lebih matang dalam berbicara dan satu hal yang paling ketara berubah ialah berat badannya.

Tak segan dia memberitahu, sudah lebih empat bulan selera makannya hilang terutama pada nasi. Sehingga kini, berat yang dahulu 77 kilogram sudah mencecah 55 kilogram.

“Makan hati,” ringkas dia menjawab dalam senyuman tawar dan mengaku pula: “Sejak putus tunang dulu, selera makan jatuh terus. Jadi sekarang macam sudah terbiasa tak makan. Saya lebih banyak minum air dan makan roti sahaja.”

Cuba menggali lebih dalam perihal sebenar dia putus tunang dengan jejaka seusianya itu, Saerah menepis dengan tenang. Enggan merobek hati sesiapa katanya.

Cukup dia menekankan, perpisahannya dengan lelaki yang kini masih menjadi temannya itu sebagai satu rahsia yang kekal dalam hidupnya.

28-Mar-2009 | Oleh: Murai Batu
Sah, Imran Bersatu Dengan Saerah!

KL, 28 MAC 2009: Sebelum ini timbul khabar angin tentang hubungan adik Dato' Siti Nurhaliza, Siti Saerah atau Saerah dengan penyanyi lagu Seribu Tahun, Imran Ajmain.


Malah, gara-gara gosip ini, Murai Batu difahamkan media Singapura telah mengeluarkan berita mengenai ayah Imran yang merestui sekiranya mereka berdua mahu berkahwin. Hai, orang tua Imran dah kasi greenlight nampaknya... mak Saerah juga dah setuju ke?


Jangan marah, Murai Batu sekdar usik-usik saja. Tapi Murai Batu difahamkan, semua cerita gosip tentang Imran dan Saerah bermula apabila mereka berdua menghadiri sebuah majlis anugerah, baru-baru ini. Waktu itu, ada orang kuat dari stesen radio ada terserempak Saerah pegang erat tangan Imran. Jeng Jeng Jeng...


Dari situlah, kecohnya orang bergosip Imran bercinta dengan Saerah. Pun begitu, cerita ini tidak berhenti di situ saja kerana Murai Batu dengar cerita Saerah semakin rapat dengan Imran selepas Saerah kehilangan arwah ayahnya, Pak Taruddin.


Khabarnya, Saerah yang sedang popular dengan lagu Hero Wayang, sering berjumpa Imran dan meminta pendapat tentang dunia muzik. Kemuncaknya, mereka telah bersatu dalam sebuah lagu. Dan lagu yang dimaksudkan itu adalah lagu Jika Engkau Pergi. Amboi judul pun macam ada makna saja.


Cuma apa yang Murai Batu nak pesan, kalau nak berkawan atau bercinta pun, jagalah nama baik keluarga. Kalau dah bercinta, jangan cuba dolak-dalih sebab nanti peminat dan wartawan akan terasa sengal.

Selasa, 24 Mac 2009

Imran, Saerah tak sabar menanti album baru!

Oleh SITI AZIRA ABD. AZIZ

SABAN hari bergelumang dalam industri seni ini, puas sudah dua penyanyi ini, Imran Ajmain dan Siti Saerah Tarudin berhempas pulas untuk memberikan hasil yang terbaik.
Penantian yang ditunggu-tunggu akan menjelang tiba tidak lama lagi memandangkan kedua-duanya bakal mengeluarkan album masing-masing.
Bagi Imran, masa tersebut akan termeterai sekitar bulan April depan diikuti dengan Saerah sebulan atau dua bulan selepas itu.
Imran dan Saerah digosipkan sedang bercinta.
Pasangan yang digembar-gemburkan menjalinkan hubungan cinta ini menempelak gosip tersebut sekaligus bangkit dan selesa untuk mempromosikan karier seni mereka.
Imran pertama kali guna ‘live instrument'
Imran bakal muncul dengan album keduanya pada April depan. -foto The Star oleh CHUA KOK HWA
Menurut Imran atau nama sebenarnya Ahmad Imranullah bin Ahmad Husaini Ajmain, 28, yang sedang popular dengan lagu Selamat Ulang Tahun Sayang, dia sedang merakam album penuhnya di mana buat pertama kalinya menggunakan ‘live instrument’.
Selepas menandatangani kontrak dengan syarikat rakaman Metadome pada Disember lalu, Imran mula menghasilkan album keduanya itu dengan bantuan syarikat tersebut dan kenalannya.
Yang menariknya, Imran berkata jika album pertama dahulu mengambil masa selama dua tahun untuk merakam lagu sebaliknya album kedua ini hanya mengambil masa kira-kira sebulan.
“Selepas lagu Selamat Ulang Tahun Sayang, saya akan keluarkan single kedua iaitu Jika Engkau Pergi pada Mac ini.
“Kebetulan, lagu tersebut akan mula diputarkan di radio seiring dengan siaran drama bersiri Kisah Yusof yang turut menjadikan lagu Jika Engkau Pergi sebagai lagu tema,” ujar Imran.
Jelas Imran, dia juga bertindak sendiri dalam memilih lagu mengikut citarasanya selain mencipta lagu menggunakan bakat semulajadinya itu.
“Saya juga menggunakan lagu yang mendapat sentuhan daripada penulis lirik dan komposer lain.
“Misalnya, untuk lagu Selamat Ulang Tahun Sayang, saya menggunakan khidmat Fedtri Yahya sebagai penulis lirik di mana lagu tersebut digubah oleh saya sendiri.
“Begitu juga dengan lagu Jika Engkau Pergi yang dicipta oleh saya dan liriknya ditulis oleh Sulu Sarawak.
Imran kini sedang hangat dengan lagu Selamat Ulang Tahun Sayang.
“Sementara lagu ketiga iaitu Radio digubah oleh Adib Fabulous Cats,” kata Imran.
Buat permulaan, dia juga merancang untuk mempromosikan lagu-lagu terbarunya itu dengan memuat naiknya dalam bentuk nada dering yang boleh didapati di laman webnya, imranajmain.com.
Selain itu, Imran akan mempromosikan lagu-lagunya menerusi muzik video yang boleh didapati di laman web YouTube.
“Memandangkan keadaan pasaran sekarang tidak terlalu mengizinkan, jadi saya akan fokuskan kepada jualan nada dering dengan menghasilkan video yang mempromosikan penjualannya.
“Lagipun, pembeli sekarang agak cerewet,” tutur penyanyi kelahiran Singapura ini.
Imran gemarkan genre muzik 'old school'.
Bercerita mengenai pemilihan genre muzik lagu-lagu terbarunya itu, Imran berkata dia sengaja memilih genre yang ‘old school’ tetapi yang penting mengekalkan rentak Pop Melayu.
“Saya memang sengaja membuat lagu Selamat Ulang Tahun Sayang kedengaran seperti lagu lama.
“Dari segi susunan, saya meminta komposer dan penerbit terkenal Eddie Marzuki membuat muzik lagu itu seakan-akan lagu nyanyian Alleycats, Khadijah Ibrahim dan Nassier Wahab.
“Sekarang ini, saya perhatikan kebanyakan muzik kita terlalu melihat ke barat.
“Jadi, saya nak kekalkan stail yang lama dan biasa dengan pengemar muzik.
“Selain itu, saya akan membuat sesuatu yang berbeza dan jika mengikut trend sekalipun, saya tidak akan menjadi ‘zombie’ yang mengikut membabi buta,” jelas Imran.
Bagaimanapun, Imran berkata tidak bermakna dia melawan arus kerana minatnya masih dengan pop Melayu.
Tambah Imran, misalnya, lagu Jika Engkau Pergi menggunakan pengaruh lagu Allahyarham Tan Sri P. Ramlee dan Jamal Abdillah di mana orang lebih mengenali suara P. Ramlee menyanyikan sesebuah lagu itu semasa zaman kegemilangannya manakala Jamal Abdillah juga dikenali melalui suara dan lagu-lagunya.
“Jadi, kadangkala penggubah lagu perlu syok sendiri. Saya juga masih mahu mengikut trend dan dalam masa yang sama membuat trend,” ulas Imran yang akan menjayakan sebuah roadshow di Sungai Petani dan Seberang Perai pada 21 dan 22 Februari ini bersama artis di bawah naungan Metadome.
Mereka adalah kumpulan Nitrus, Fabulous Cats, Sixth Sense, Zhana, Nurul dan Serina Redzuan.
Saerah buat album duo dengan Saida
Walaupun merasa sedikit tertekan dengan gosip yang melandanya dengan Imran, dengan sepantas kilat Saerah, 26, mengambil jalan untuk berfikir secara positif.
Saerah juga bakal muncul dengan album duo bersama Saida pada Mei atau Jun depan.
Namun, pada satu sudut lain, Saerah juga merasakan gosip ini juga mampu membantunya untuk menjadi sebutan ramai sekaligus lebih dikenali dalam industri ini.
Bukan sengaja hendak meraih publisiti murahan, sebaliknya Saerah berkata dia akur agak sukar untuk memulakan karier sebagai artis baru ini.
Selepas setahun menyusun perancangan sebagai penyanyi, kini Saerah semakin menampakkan hasil yang diusahakannya.
“Saya lihat pendengar di radio boleh menerima lagu saya seperti Hero Wayang dan Akhir Cinta.
“Pada masa akan datang, saya tidak tahu lagi apa yang akan berlaku. Cuma saya harapkan kerjaya dan bakat saya akan berkembang.
Saerah tidak gentar dengan gosip malah merasakan ia sedikit-sebanyak membantu menaikkan namanya.
“Saya mengharapkan sesuatu yang terbaik dan lebih dari itu. Saya juga berharap pada masa akan datang peminat akan memberi peluang dan sokongan kepada saya,” luah adik kepada penyanyi terkenal Datuk Siti Nurhaliza ini.
Bercerita tentang album duonya itu, tiga lagu solo dan dua lagu duonya bersama Saida merupakan antara lapan buah lagu yang dimuatkan di dalamnya.
“Setakat ini, saya sudah mempunyai dua buah lagu single iaitu Hero Wayang dan Akhir Cinta. Sekarang, saya masih lagi mengumpul material untuk lagu-lagu lain,” tutur Saerah yang gemarkan konsep pop balada.
Memandangkan dua lagunya telah diputarkan di radio, Saerah berkata dia bersyukur kerana penerimaan pendengar bukan sahaja melibatkan orang tempatan malah turut serta orang Singapura.
“Alhamdulillah, sekarang saya mendapat maklumbalas yang baik dari pendengar di Singapura dan lagu saya juga telah berjaya memasuki carta lagu di radio.
“Ini membuktikan peminat sudah mula menilai dan melihat bakat yang ada. Saya juga berharap tidak akan dikaitkan lagi dengan Kak Siti,” ujar Saerah.
Usaha Saerah tidak sampai di situ sahaja keraan dia sebolehnya ingin cuba merapatkan hubungan dengan peminat dan menarik perhatian orang ramai agar dirinya lebih dikenali.
Saerah dikenali menerusi lagu Hero Wayang dan Akhir Cinta yang sedang diputarkan di radio sekarang.
“Sekarang, saya juga mengikuti show amal untuk tabung Palestin. Jadi, dari situ saya boleh menggunakan peluang untuk lebih mendekati peminat,” cerita Saerah yang juga pernah mempunyai pengalaman mengadakan persembahan di Indonesia dan Singapura ketika mengikut kakaknya dulu.
Jelas Saerah, pendengar yang mahu memuat turun lagunya bolehlah melayari sitizone.com dan memuat turun dalam bentuk nada dering menerusi SN Mobile.
Sebelum menutup bicara, Saerah sempat menitipkan pesanan kepada penggemar muzik tanah air supaya memberi peluang dan menyokong dirinya serta Imran.
Kata Saerah: “Kami berdua masih baru dalam industri hiburan ini. Jadi, diharapkan mereka ketepikan gosip dan melihat bakat yang ada.”

Khamis, 19 Mac 2009

ABP 2009


19-Mar-2009 | Oleh: Thani Hasbullah
ABPBH2008 Pilih Tema Sentuhan Tenun



KUALA LUMPUR, 18 MAC 2009: Malam kemuncak Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) 2008 yang dijadual berlangsung di Arena of Stars, Genting Highlands pada 12 April 2009 nanti akan menampilkan tema fesyen sentuhan tenun sebagai penyemarak majlis.


Ini bermakna selebriti terlibat secara langsung terutama artis wanita bakal mempersembahkan pakaian berkonsepkan kain tenun hasil rekaan 24 pereka fesyen tempatan yang turut bertanding untuk Anugerah Pereka Fesyen Popular ABBPBH08.


Pertandingan sampingan itu diperkenalkan tahun lalu bertujuan memberi pengiktirafan kepada pereka fesyen yang menjayakannya. Antara yang terbabit kali ini adalah Hatta Dolmat, Michael Shu dan Calvin Thoo.

Perkara ini diumumkan oleh orang kuat ABPBH08, Hanizam Abdullah atau Kak Cham, dalam sidang media di Grand Salon, Hotel Palace of The Golden Horses, Seri Kembangan, kelmarin.


Pihak penganjur ABPBH08 turut mengumumkan Sharifah Shahira dan Adlin Aman Ramlie sebagai pengacara majlis manakala 15 artis popular dan veteran akan membuat persembahan. Mereka adalah Dato' Siti Nurhaliza, Anita Sarawak, Datuk A Rahman Hassan, Faizal Tahir, Aizat, Hujan, Diddy, Siti Sarah, Ayu OIAM, Jamal Abdillah, Farah Ashikin, Kristal, Jeffrydin, L Ramlee serta Stacy.


Sementara itu, seramai 18 penyampai trofi akan muncul di pentas menyampaikan hadiah kepada pemenang seperti pasangan Mawi & Ekin, Saidah & Saerah, Maya Karin, Farid Kamil serta Zizie Ezette.


Sementara itu konsert jelajah ABPBH08 terus mengembara lagi dan hujung minggu ini (Jumaat - Ahad), rombongan artis akan berada di Kuantan Parade, Pahang. Orang ramai juga jangan lupa juga menyertai pertandingan nyanyian Bintang Idola Berita Harian untuk memenangi hadiah-hadiah lumayan.


Seterusnya minggu depan, rombongan glamour itu akan singgah di Batu Pahat Mall (28 & 29 Mac) diikuti destinasi terakhir, Klang Parade, Selangor (3 & 5 April).